Wednesday 21 December 2011

Tazkirah: Jaganlah Mahkotamu Itu, Sayangku...

Jagalah Mahkotamu Itu, Sayangku...


Penulisan ini dari lubuk hatiku.
Hati sebagai seorang rakan, teman dan sahabat.
Hati sebagai seorang yang bergelar wanita.
Hati sebagai seorang yang bergelar muslimah.
Aku mengaku aku juga hanya insan biasa.
Insan biasa seperti kamu.
Punya kesilapan dan punya kekhilafan.

Allah berikan kita akal untuk berfikir - baik dan buruk.
Allah berikan kita hukum untuk menjaga maruah diri kita.
Setiap perkara yang Allah tetapkan ada hikmahnya, tetapi kenapa kita masih tidak menyedarinya?

Adam...
Kamu adalah kaum yang sepatutnya membimbing kami ke jalan yang lebih baik.
Kamu tahu hati kami mudah lemah.
Kamu tahu hati kami lembut.
Kenapa mengambil kesempatan dalam kesempitan?

Hawa... Kenapa kamu perlu memenuhi permintaan Si Adam?
Bukankah rambutmu itu mahkotamu yang perlu kamu jaga sebaiknya?
Mahkota yang perlu kamu lindungi setiap masa?
Bukankah ia hanya boleh dilihat oleh orang yang telah ditetapkan oleh Allah sahaja?

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah An-Nur: Ayat 31)


Apa kamu pasti 'kekasih'mu itu sememangnya akan jadi jodohmu?
Memang benar, kita perlu berusaha mencari jodoh.
Tetapi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Sayangku...
Dia masih tidak layak untuk melihat mahkotamu itu.
Dia masih tidak halal bagimu.
Dengarlah rayuan hatiku ini, sayangku....

Berubahlah...
Janganlah tertipu dengan godaan syaitan.
Janganlah tertipu dengan kata manis si Adam.
Janganlah mudah terpedaya dengan kata-kata cintanya selagi dia tidak halal bagimu.
Walaupun kamu dan dia janji cinta selamanya,
Ingatlah, hukum-hakam Allah tetap perlu dijaga.

Jagalah mahkotamu itu, sayangku...
Sesungguhnya ia hanya layak dilihat untuk yang benar-benar layak sahaja.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka.

Syaza Syafeeqah

***

Nasihat kepada semua dan diri sendiri. ;)
Semoga kita diperkuatkan iman. InsyaAllah.

Pendapat seorang lelaki tentang Hawa yang memenuhi kehendak Adam: Wanita itu mudah untuk dipermainkan dan boleh diguna-gunakan.

Berjaga-jagalah wahai kaum Hawa.
Allah sentiasa melihatmu.

Ingat, Allah tidak pandang pada rupa tetapi pada hati. ;)

Wassalam~

Saturday 17 December 2011

Sirah: Kisah Nabi Sulaiman dengan Semut.



Kisah 1

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo'a memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah SWT. Mendengar do'a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.


Kisah 2

Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.

Sumber: Sini

Thursday 15 December 2011

Tazkirah: Kerana Allah Tidak Pernah Jemu.



Berdoalah

kerana Allah tak akan menolakmu

Berdoalah

kerana Allah tak pernah jemu mendengarkan keluh kesahmu

Berdoalah

kerana Allahlah yang akan mengabulkan permintaanmu

Berdoalah

kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu

Berdoalah

kerana Allah merindukan rintihan syahdumu

Berdoalah panjanglah…

Kerana sesungguhnya kamu sedang meminta pada Tuhan-mu dan Dia tak pernah jemu meskipun kamu mengulangi cerita dan permintaan yang sama setiap hari..


Sumber: AkuIslam.com

Saturday 10 December 2011

Tazkirah: Kenapa Ibadah Terasa Berat?


Kenapa ibadah terasa berat?
Bila Allah memerintahkan kita untuk makan dan minum, mengapa kita melakukan dengan senang hati?
Bila Allah memerintahkan untuk berkahwin, mengapa kita bersegera menyambutnya?
Bia Allah memerintahkan untuk mencari harta dunia, mengapa kita kerjakan dengan bersemangat ?
Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu keperluan..

Ketika Allah memerintahkan kita untuk solat, mengapa kita menunda-nunda?
Ketika Allah memerintahkan kita untuk berpuasa, mengapa enggan rasanya?
Ketika Allah memerintahkan kita untuk membayar zakat, mengapa hati terasa berat?
Ketika Allah memerintahkan kita untuk berjihad, mengapa kita merasa malas?
Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu kewajipan..

Mengapa kita membeza-bezakan?
Bukankah semua itu sama-sama perintah Allah?
Atau kerana kita hanya menuruti hawa nafsu kita?

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” QS.Al Jatsiyah:18


“Apakah engkau tidak perhatikan orang yang telah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah engkau akan dapat menjadi pelindungnya. Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.” Qs. Al Furqan: 43-44)

Andai kita dapat menjadikan ibadah menjadi suatu keperluaan tentu semua akan terasa ringan. Akan hadir kerinduan untuk selalu melakukan kebaikan. Rindu untuk mengerjakannya solat, puasa, zakat, dakwah, jihad dan yang lainnya dengan sepenuh cinta.

Sudahkan kita menjadikan ibadah menjadi keperluan, bukan hanya sebagai kewajipan..


Sumber: AkuIslam.com

Monday 5 December 2011

Kata Hikmah: Mana Pilihan Anda?





Ustazah : Awak Cintakan Saya Lebih Dari Keluarga Awak?


Ustaz : Tak.

Ustazah : Kenapa? Sampai Hati Awak Buat saya Camni.


Ustaz : Saya Ada ALASAN Tersendiri.


Ustazah : Baiklah Saya Nak Dengar Dari Hati awak Sendiri.



Ustaz : Bila Saya Mula Melihat Alam Dunia, Bukan Awak Yang Tolong Azankan Saya Tapi Abah Saya. 


Bila Saya Menangis Di Tengah-Tengah Malam, Bukan Awak Yang Tolong Tenangkan Saya Tetapi Emak 


Saya Tolong Dodoikan Semula, Jadi Tanpa Kesabaran & Kesungguhan Mak Bapak Saya. Siapalah Saya?? 


Sebab Tu Saya Lebih Sayangkan Keluarga Saya Daripada Awak. Macam Saya Cakap Sebelum Ni, 


Menyayangimu Satu Keharusan Akan Tetapi Mencintai Allah & Ibubapa Saya Satu Kewajipan.

Saturday 3 December 2011

Hadis: Positif Dan Negatif Malu





Hadith

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”

(al-Bukhari)



Huraian

Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya.
Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi.
Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif. Maka sifat maka itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji.
Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif.
Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.

Thursday 1 December 2011

Tazkirah: Ku Cinta Dia.



Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang.
Maha Pencipta, Maha Pengampun.
Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat.
Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat.
Dialah al-Wadud, Yang Maha Mencintai.
Katakanlah, ku cinta Dia.

Mengapa Kita Mencintai Allah S.W.T?

1. Sebagai bukti bahawa kita adalah hamba yang bersyukur

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Nahlu 16: Ayat 78)

Alhamdulillah. Kita boleh mendengar. Tetapi ada insan yang dilahirkan pekak sekaligus bisu.
Kita boleh melihat. Ada insan yang dilahirkan tidak mampu melihat. Ada yang kehilangan penglihatannya.
Kita boleh berfikir secara waras. Ada insan yang perkembangan akalnya terbantut atau lambat.

Adakah kita bersyukur?

Bagaimana kita bersyukur?

Tidak lain melainkan dengan ketaatan dan kecintaan kepada Allah S.W.T. Pendengaran, penglihatan dan hati, perlu dihiasi dengan ketaatan dan kecintaan kepada-Nya.

2. Demi mencapai kemanisan Iman

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah S.W.T dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah S.W.T, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Manisnya coklat berkualiti itu menggembirakan.
Manisnya, lazatnya makanan kegemaran itu menyeronokkan.
Manisnya senyuman dan wajah itu menenangkan.
Manisnya tutur bahasa itu membahagiakan.

Namun halawatul (kemanisan) Iman itu bagaimana?

Ianya suatu rasa yang lebih hebat.
Kemanisan Iman, satu anugerah daripada Allah S.W.T.
Kemanisan Iman, rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.
Kemanisan Iman itu adalah kegembiraan hati, tenangnya jiwa dan bahagianya hidup.

من لم يذوق لا يفهم
Siapa yang tidak merasa, tidak memahami.


Halawatul Iman itu tidak dapat dirasai melainkan oleh mereka yang sempurna iman dan benar-benar mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya.

Kemanisan Iman, adalah sesuatu yang kita perlu berusaha sedaya-upaya untuk merasainya.
Kita taat dan mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya, demi kemanisan Iman.

3. Untuk meraih Cinta Yang Maha Mencintai

Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara doa Nabi Daud 'alaihissalam ialah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin."Dan bila Rasulullah s.a.w mengingat Nabi Daud 'a.s beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah S.W.T."(HR Tirmidzi 3412)

Betapa manusia mengharap cinta daripada kekasih, sifat raja' (harap) itu lebih utama kepada Allah S.W.T.
Betapa manusia berusaha memenangi cinta insani, cinta daripada Allah S.W.T itu lebih utama untuk diraih.
Itulah cinta hakiki yang kita dambakan.


Mencintai Allah S.W.T tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati.
Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan cinta daripada-Nya, dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

Berbahagialah jiwa yang taat dan cinta kepada Allah S.W.T, kebahagiaan di dunia yang sementara dan kebahagiaan di syurga yang kekal abadi.

4. Kerana Allah S.W.T telah memperingatkan dan memberi ancaman:

قُلْ إِنْ كَانَ أبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah S.W.T tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.
(Surah At-Taubah 9: Ayat 24)



Kepada-Mu Kami Memohon:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan diriku kepada-Mu. Keampunan-Mu ku pohon, andai ada selain-Mu yang lebih utama dalam hatiku.

Sumber: iluvislam.com