Thursday 23 February 2012

Ibu !



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapurlalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. 

Kos upah membantu ibu :
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00 
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya .Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA 
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu- PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata , "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar"pada mukasurat yang sama ditulisnya .

"Kasih sayang itu percuma tapi ia sesuatu yang paling berharga"

I L O V E Y O U IBU 
♥♥

Thursday 16 February 2012

Karya: Kita Hanya Pura-Pura Tahu...



Kita … bukan tak tahu
Perjuangan sangat sinonim dengan Islam
tanpa perjuangan, Islam tak akan harum
tanpa perjuangan, Risalah tak kan kita nikmati
tanpa perjuangan juga, umat Islam akan terus terhina
yang jadi masalahnya
kita pura-pura tak tahu
kita … bukan tak tahu
perjuangan itu jalannya panjang
perjuangan itu menuntut kemewahan untuk kita korbankan
perjuangan itu juga bukan semata-mata retorik
lalu kita mudah rebah dan kerap melenting
inilah masalahnya
kita tak mau ambil tahu

kita… bukan tak tahu
derajat di sisi Allah itu ukurannya taqwa
balasan baik itu ukurannya amal soleh
husnudzon itu serendah-rendah ukhuwah
itsar itu sebaik-baik ribathul muslimin
dakwah itu kewajiban ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam
masalahnya
kita tahu tapi tak buat-buat

kita … bukan tak tahu
perjuangan meninggikan kalimah Allah itu wajib
mengikut kebenaran itu mesti
tapi masalahnya
kita hanya pura-pura tahu …


Wahai para pemuda pengusung kebangkitan Islam !

Siapa di antara kalian yang tak berdakwah dan memberikan pengaruh baik, janganlah kalian mengadu domba atau banyak bicara !

“Seorang Muslim ialah apabila kaum muslimin selamat dari keburukan lisan dan tangannya” (HR AL-Bukhari)

Ya Allah ! Engkau telah membagikan dinar kepada penduduk dunia, lalu mereka membeli kehinaan dengannya.

Ya Allah ! Berikanlah kami mahkota keselamatan supaya kami dapat selamat dari api neraka.
Mereka membakar kami dan kami berteriak, “Ah !”

Kesabaran mengatakan, “Mengeluh itu tak benarkan.”

Ya Allah … Bantulah kami agar kami tak pernah lelah, tak pernah jengah, tak pernah mengeluh dalam menegakkan syariat MU.

Ya Allah , curahkanlah hidayah-Mu agar kami semua senantiasa istiqomah dijalan kebenaran-Mu.


kredit: AkuIslam

Friday 10 February 2012

Tazkirah: Makna Cinta Pada Allah.

Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaanNya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintaNya juga untuk mendapat rahmatNya supaya hidup anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI Anda.

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? Anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta anda padanya.

Untuk apa anda sembahyang selain dari menunaikan suruhanNya? Untuk apa anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang anda, supaya anda menonjol di kalangan hamba-hambaNya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, anda rasa cukup puas hati.

Bila anda tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat orang yang anda tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang anda lakukan lantas melihat anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.

Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki anda dimurahkan, hidup anda dibahagiakan, urusan anda dipermudahkan, masalah anda dikurangkan, pergaulan anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.

Sumber: Surat Cinta Rabiah a.k.a Cik Beah.

Thursday 9 February 2012

Lagu & Lirik: Cuba oleh Aidil


Cuba

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Wednesday 8 February 2012

Hadis: Hulurkan Tangan, Ringankan Beban.




Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman:”Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” 
Jawab anak Adam:”Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” 
Firman Allah Taala:”Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?” “Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” 
Jawab anak Adam:”Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” 
Firman Allah Taala:”Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?” “Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” 
Jawab anak Adam:”Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?” 
Firman Allah Taala:”Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”
 
(Muslim)

Huraian
Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Sunday 5 February 2012

Ya Rasulullah !






"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. 

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. 

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.





Friday 3 February 2012

Adakah Tuhan Wujud ? Ini lah jawapannya =)


Pada zaman dahulu, terjadinya suatu perdebatan antara golongan Atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan seorang pemuda yang beragama Islam. Pemuda ini datang bersama gurunya dan gurunya telah diajak berdebat dengan golongan Atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.”

Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama


Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua


Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga


Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat


Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima


Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam


Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”
Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh


Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan


Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan


Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat.

Sumber: Sini

Thursday 2 February 2012

Tazkirah: Stres? Anda Mampu Menanganinya. ;)

Assalamualaikum.

Anda stres?
Terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan?
Banyak program yang perlu disertai?
Diri anda terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti?
(Macam iklan pula. Hehe.)





Mudah sahaja wahai rakan-rakanku.
Sebenarnya banyak langkah boleh menangani stres atau tekanan ni.
Tapi, Syaza akan terangkan serba sedikit sahaja ek.

1. Fahami Punca Stres.

Kenapa anda stres?
Sebab tugasan, hal peribadi, bengang dengan sikap rakan anda?
Pabila anda tahu punca stres, baru boleh selesaikan masalah. ;)

2. Selesaikan Masalah Satu Persatu.

Janganlah tamak sangat nak selesaikan semua masalah dalam satu masa.
Jadi, selesaikan satu persatu, perlahan-lahan.
Yang penting sekali, selesaikan masalah pada waktu yang sesuai. Janganlah masa bad mood masa tu juga nak selesaikan masalah. Pastikan diri anda tenang ek. ;)

3. Ketawa atau Menangis.

Pabila ketawa, kita rasa kita gembira. Tapi, janganlah over sangat kalau ketawa dan jangan terlalu banyak ketawa sebab pabila kita terlalu banyak ketawa, hati kita boleh mati.
Menangis, terpulang pada anda cara menangis macam mana anda boleh lepaskan stres anda. Kalau terlalu berat, menangislah sepuasnya ketika sujud kepada Allah dan mohon untuk diberikan kekuatan. InsyaAllah. ;)

4. Meditasi atau Bertafakur.

Muhasabah diri lah anda. Sebelum tidur, flash basck apa yang telah kita lakukan sepanjang hari tersebut.
Berzikirlah. InsyaAllah, anda akan tenang.
Allah berfirman, Surah Az-Dzariyyat, ayat 56:
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu."
Oleh itu, kembalilah kepada Allah.

5. Terima Keadaan Seadanya.

Redha akan ketentuan Ilahi setelah kita berusaha semampunya.
Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan.
Oleh itu, take it easy my dear. InsyaAllah all your problem will solve.

Itu je lah kot.
Sebenarnya kalau ikutkan, lebih 20 langkah untuk mengatasi stres.
Tetapi, Syaza pilih yang mudah untuk dipraktikkan.
Semoga berjaya.

Last steps that I always use is SMILE. :)
Senyum, tak perlu kata apa-apa.




Nikmatilah hidup ini sebaiknya dengan mengikuti segala perintah Allah.
InsyaAllah, anda akan bahagia dunia dan akhirat. ;)

Wassalam~

Wednesday 1 February 2012

~SoLaT TiAnG AgGaMa~

Tegakkan tiang agama dengan fardu sembahyang

Runtuhlah ia apabila ditinggal dan dilalaikan

Oleh itu mari kita tunaikanlah segera

Fahami syarat dan rukun adap mesti dijaga

Niatkan dengan ikhlas hati mengharap redha ilahi

Tunaikanlah dengan khusyuk dan tawaduk kepadanya

Berjemah lebih diutama pahalanya berganda

Dalam barisan Yang tersusun bersatu jemaah dalam rukun

Sembahyang itu kewajipan hamba kepada tuhan

Dan merafakan kesyukuran atas nikmat kurnianya

Sembahyang itu wajipan

sembahyang itu kemenangan

sembahyang ia menguatkan diri agama dan negara ........



Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi dalam solat. Menurut kajian hampir setiap pergerakan kita dalam solat mempunyai kesan terhadap kesihatan tubuh badan kita. Sebagai contoh dengan sujud peredaran darah dibahagian kepala akan lebih lancar kerana berlakunya tekanan keatas kepala tambahan pula apabila kita sujud badan akan lebih selesa kerana sujud merupakan posisi yang paling selesa. Sebab itu kadang-kadang orang senang tertidur dalam keadaan sujuh bahkan ada yang meningal dunia ketika sujud. Subhanallah ajaib sungguh ciptaan nya. Untuk maklumat yg lebih carilah ia. Sesunguhnya ilmu tidak akan datang kepada kita sendiri melainkan kita mengejarnya. Bak kata perpatah arab tuntulah ilmu sampai ke negeri china. Kenapa negeri China? Sebab pada zaman dahulu untuk orang arab sampai ke negara China memerlukan masa yang sangat panjang sehinggakan ada yang tidak sempat samapi. Jangan risau kepada mereka yang menutut ilmu allah akan bagi kemudahan tetepi dengan syarat niat dengan ikhlas. Insyallah semua berjalan lancar.

SeKiAn, SElamat BeRaMal