Tuesday 29 November 2011

‪Lagu: Maher Zain-Sepanjang Hidup

Karya: Cahaya Itu.....


ah!!
kenapa aku??!!
perlukah aku lakukan semua ini??!!
kenapa apa shj yg ingin ku lakukan acap kali disekat??!!
siapa kau utk menghalangku??!!
apakah keuntungannya jika ku mngikut telunjuk jarimu??!!
aku berhak merasa kebebasan sprti yg dirasai oleh org lain!!
d mana hak ku??!!
kembalikanlah ia semula!!

 inilah monolog hati di saat  nafsu bermaharajalela..
monolog yg membinasakan si pelaku..
monolog yg menimbulkan kemurkaanNya..
monolog yg bakal menghumbankan diri ke "Naaru JahannamNya"..

astaghfirullah..

 sejurus itu...
segera mata nan tertutup dibuka liar..
pantas lisan nan bisu  mengalun ungkapan hamdallah..
lincah langkah nan rapuh mempotret jejak..

suria mentari kian kelam sinarnya..
ke mana hilangnya cahaya itu? 
ku teraba-raba mencari cahaya itu..
sesekali kepala terhantuk dek kegelapan yang membutakan pandangan..

 jauh ku melangkah..
terkadang jasad mengeluh kelelahan..

 namun!
tetap ku teruskan pengembaraan dlm mencari cahaya itu..

ku terjatuh..
jatuh dgn sebenar2 jatuh..
jatuh dimamah bumi..
sungguh ku terseksa tenggelam didalamnya..
tetapi..
tidak ku biarkan langkahku terhenti kaku..

 jerih ku mencari lorong keluarnya..
keringat menitis deras membasahi kerajaan tubuh..
berkat kepayahan itu..
berjaya dataran bumi ku jejaki kembali..

Langkah semakin teguh seusai ditimbus tanah yg merimaskan..
semakin laju..
semakin pantas..
namun...
tidak juga ku temui sinar yg ku impikan..

semangat kian luntur..
ingin sahaja dilepaskan nyawa digenggam saat itu..
ligat nafsu menguasai mempengaruhi iman utk melawan kuasaNya..

 pengembaraan dihentikan seketika utk mengubat hati nan lara..

 mata dipejam diiring permata suci yg tdk henti2 mengalir..
geloranya ombak hati sedaya upaya ditenangkan..
petahnya lisan mengeluh seribu bicara semakin tidak kedengaran suaranya..
akhirnya..
lena juga aku dibuai mimpi..

 sedang nyenyak dibawa bahtera asghori syahid..
lenaku disedarkan cahaya pelita yg menerangi..
darinya..
segera mata nan kabur digosok..
segera airmata nan berbekas dikesat..
lantas minda menutur kalam..
adakah aku bermimpi??
adakah ini mainan iblis utk menyesatkanku??
adakah aku kini d daerah khayalan??
1001 soalan menerjah kotak minda..

lalu berbisiklah suara iman meleraikan persoalan yg menghantui..
"inilah cahaya yg kau cari2 selama ini..Allah telah mempermudahkan jalanmu atas kesungguhanmu mencari redhaNya..bangkitlah dari tempat beradunya  mahkamah jasadmu..tinggalkankan jejak keletihanmu..ayuh bangkit!!terus kejar sinar itu sebelum ia kelam kembali..kelak dirimu kesal 1000 kerugian.."

 Subhanallah~
ALHAMDULILLAH...
SYUKURILLAH..
ALFU SYUKRI 'ALAYKA YA RABB..

 akhirnya..
kelelahanku berjaya mencuri perhatianNya..
semangat nan hilang kian membara..
langkah semakin mara ke hadapan..
mata tajam melihat ke hadapan..
tidak dihirau segala apa yg mengganggu..
sapaan iblis ditepis keras..
telinga ditulikan dari dihasut bisikan sang musuh..

 ku berlari tanpa henti mengejar cahaya itu..
berlari..
berlari..
dan terus berlari..
sinar cahaya itu semakin kelihatan..
langkah diperlahankan..
sedikit demi sedikit kaki menjejak bumi menginjak waktu..
akhirnya..........
aku berjaya sampai ke destinasi itu setelah batin terseksa penuh luka..

 Allahuakbar!!
cahaya itu yang ku butuhkan selama ini..
ya!!
inilah dia!!
tidak silap lagi!!
ya tepat sekali!!
inilah cahaya itu!!
wahai nafsu!!
kata2 mu hatta seinci tidak akan ku percaya lagi..!!
sesungguhnya petunjukmu adalah sebenar2 ptunjuk yg sesat!!

 ya Allah..
sungguh tidak ku sangka d ats kurniaan terhebatMu ini..
walau najis dosa mengotori tubuhku..
Engkau tetap menerimaku..
Engkau sedia mendakapku..
Engkau sudi memberi tarbiyyahMu..
Engkau masih mnghulurkan bantuanMu.. 
syukron ya Allah..

 ya Allah..
tuntunlah langkahku..
jangan lagi KAU biar ku sesat dalam kegelapan
kerana
aku cukup sakit berada di dalam kekusaman itu..
bantu aku ya Allah..

 ya Allah..
sungguh aku mencintaiMu..
sinar mentari hilang cerlangnya tanpa rahmat dariMu..
kerdipnya bintang berkelip pudar keindahannya tanpa berkatMu yg teragung..

 ya Allah..
diriku milikMu..
ku serahkan jiwa dan ragaku kepadaMu..
pimpinlah diriku nan hina lagi keji ini wahai Tuhanku..
sirnakanlah memori silam yg seringkali mematahkan semangatku..
perindahkanlah akhlakku bak kirananya peribadi KekasihMu..

 heningnya pagi ini..
gerimisnya hujan membasahi bumi nan landai
menghidupkan lagi suasana..
nafas segar dihirup penuh kesyukuran..
beningnya ainun melihat ciptaan Sang Maleek membuatkan terhenti perjalanan kelipannya..
lisan asyik menutur zikrullah..
kagum dengan kuasa Ilahi..
masyaAllah..
tersangat indah..~

ya Allah..
TERIMA KASIH..
terima kasih di atas suluhan cahaya ini..
moga sinarnya akan terus menerangi hidupku..

wahai sang cahaya..
setialah menemaniku..
jgn biar ku tersesat dalam kelam..

telus ku katakan..
penantian dan pengorbanan ini adalah sesuatu yg tidak sia-sia..
kerana.......................................................................
aku telah menemui cahaya itu..
walau  kepedihan luka yg merobek masih segar
ianya terubat dek penemuan serba luar biasa ini..
penemuanku terhadap cahaya itu..
..........................................................
CAHAYA RABBANI...
itulah cahayanya..
Itulah cahaya yg bakal menerangi nuraniku..
Alhamdulillah~


Sunday 27 November 2011

Karya: Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna.



Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…


Sumber: AkuIslam.com

Saturday 26 November 2011

Hijrah .



 assalamualaikum !

 

Nampak bayau macam jakun,
Tengah kira satu dua tiga,
Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun,
Salam Maal Hijrah yang ke Seribu Empat Ratus Tiga puluh Tiga ! ^.-

'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'

Friday 18 November 2011

Tazkirah: 9 Benda Allah Tidak Akan Tanya.

Bismillahirrahmanirrahim...



1. Allah (SWT) takkan tanya apakah jenis kereta yang kita pandu:

Tapi Dia akan soal berapa banyak orang yang kita tumpangkan bila mereka tiada kenderaan

2. Allah (SWT) takkan tanya berapa kaki persegi luas rumah kita:

Tapi Dia akan soal kita berapa ramaikah orang yang dijemput hadir ke rumah kita

3. Allah (SWT) takkan tanya berapa banyak pakaian yang kita ada dalam almari:

Tapi Dia akan tanya berapa ramai orang miskin yang kita tolong berikan pakaian

4. Allah (SWT) takkan tanya berapa gaji tertinggi kita pernah dapat:

Tapi Dia akan tanya bagaimana cara kita mendapatkan gaji tersebut

5.Allah (SWT) takkan tanya apa jenis pekerjaan anda;

Tapi Dia akan tanya adakah kita telah melakukan kerja kita dengan sebaik mungkin?

6. Allah (SWT) takkan tanya berapa ramai kawan yang kita ada;

Dia akan tanya dengan siapa kita berkawan itu.

7. Allah (SWT) takkan tanya dikawasan kejiranan manakah kita tinggal;

Tapi Dia akan soal bagaimana kita melayan jiran tetangga kita

8. Allah (SWT) takkan tanya apakah warna kulit kita;

Tapi Dia akan soal bagaimanakah akhlak kita.

9. Allah (SWT) takkan tanya mengapa kita lambat untuk meminta ampun dariNya;

Dia Maha Penyayang akan menerima taubat kita dan akan membawa kita ke Syurga, bukan ke pintu Neraka.

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)


Sumber: AkuIslam

Monday 14 November 2011

Lirik & Lagu: Penerang Hati oleh Sixth Sense ft Saujana



 


  Penerang Hati – Sixth Sense & Saujana


Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Sunday 13 November 2011

Hadis: Mentaati Kedua Ibu Bapa

Hadith :

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim


Huraian

Pengajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Wednesday 9 November 2011

Sirah: Nabi Ibrahim a.s. dengan Orang Majusi

Pernah suatu hari Nabi Ibrahim Alaihissalam menolak seorang tamu yang berkunjung ke rumahnya. Nabi Ibrahim berkata "Aku tidak menerima tamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalkan agamamu dan ajaran orang-orang Majusi". Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahim dengan perasaan dukacita sekali.

Sikap Nabi Ibrahim Alaihissalam tidak disenangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud "Apa kerugianmu jika engkau menerima tamu itu, walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku. Allah akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun."

Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim sungguh menyesal di atas tindakannya dan keesokan harinya Nabi Ibrahim Alaihissalam pergi mencari orang Majusi itu dan mempelawanya supaya sudi datang ke rumahnya sekali lagi. Kata orang Majusi itu "Pelik sungguh, semalam engkau mengusirku, tetapi hari ini engkau mengajak aku pergi ke rumahmu". Nabi Ibrahim menceritakan tentang wahyu yang diterimanya setelah menghalau orang Majusi itu.

Orang Majusi itu berkata "Sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku sebegini, walaupun aku ini orang kafir". Orang Majusi itu berkata lagi "Hulurlah tanganmu, (sambil berjabat tangan) aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan engkau adalah pesuruh Allah". Semenjak dari itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim Alaihissalam.