ah!!
kenapa aku??!!
perlukah aku lakukan semua ini??!!
kenapa apa shj yg ingin ku lakukan acap kali disekat??!!
siapa kau utk menghalangku??!!
apakah keuntungannya jika ku mngikut telunjuk jarimu??!!
aku berhak merasa kebebasan sprti yg dirasai oleh org lain!!
d mana hak ku??!!
kembalikanlah ia semula!!
inilah monolog hati di saat nafsu bermaharajalela..
monolog yg membinasakan si pelaku..
monolog yg menimbulkan kemurkaanNya..
monolog yg bakal menghumbankan diri ke "Naaru JahannamNya"..
astaghfirullah..
sejurus itu...
segera mata nan tertutup dibuka liar..
pantas lisan nan bisu mengalun ungkapan hamdallah..
lincah langkah nan rapuh mempotret jejak..
suria mentari kian kelam sinarnya..
ke mana hilangnya cahaya itu?
ku teraba-raba mencari cahaya itu..
sesekali kepala terhantuk dek kegelapan yang membutakan pandangan..
jauh ku melangkah..
terkadang jasad mengeluh kelelahan..
namun!
tetap ku teruskan pengembaraan dlm mencari cahaya itu..
ku terjatuh..
jatuh dgn sebenar2 jatuh..
jatuh dimamah bumi..
sungguh ku terseksa tenggelam didalamnya..
tetapi..
tidak ku biarkan langkahku terhenti kaku..
jerih ku mencari lorong keluarnya..
keringat menitis deras membasahi kerajaan tubuh..
berkat kepayahan itu..
berjaya dataran bumi ku jejaki kembali..
Langkah semakin teguh seusai ditimbus tanah yg merimaskan..
semakin laju..
semakin pantas..
namun...
tidak juga ku temui sinar yg ku impikan..
semangat kian luntur..
ingin sahaja dilepaskan nyawa digenggam saat itu..
ligat nafsu menguasai mempengaruhi iman utk melawan kuasaNya..
pengembaraan dihentikan seketika utk mengubat hati nan lara..
mata dipejam diiring permata suci yg tdk henti2 mengalir..
geloranya ombak hati sedaya upaya ditenangkan..
petahnya lisan mengeluh seribu bicara semakin tidak kedengaran suaranya..
akhirnya..
lena juga aku dibuai mimpi..
sedang nyenyak dibawa bahtera asghori syahid..
lenaku disedarkan cahaya pelita yg menerangi..
darinya..
segera mata nan kabur digosok..
segera airmata nan berbekas dikesat..
lantas minda menutur kalam..
adakah aku bermimpi??
adakah ini mainan iblis utk menyesatkanku??
adakah aku kini d daerah khayalan??
1001 soalan menerjah kotak minda..
lalu berbisiklah suara iman meleraikan persoalan yg menghantui..
"inilah cahaya yg kau cari2 selama ini..Allah telah mempermudahkan jalanmu atas kesungguhanmu mencari redhaNya..bangkitlah dari tempat beradunya mahkamah jasadmu..tinggalkankan jejak keletihanmu..ayuh bangkit!!terus kejar sinar itu sebelum ia kelam kembali..kelak dirimu kesal 1000 kerugian.."
Subhanallah~
ALHAMDULILLAH...
SYUKURILLAH..
ALFU SYUKRI 'ALAYKA YA RABB..
akhirnya..
kelelahanku berjaya mencuri perhatianNya..
semangat nan hilang kian membara..
langkah semakin mara ke hadapan..
mata tajam melihat ke hadapan..
tidak dihirau segala apa yg mengganggu..
sapaan iblis ditepis keras..
telinga ditulikan dari dihasut bisikan sang musuh..
ku berlari tanpa henti mengejar cahaya itu..
berlari..
berlari..
dan terus berlari..
sinar cahaya itu semakin kelihatan..
langkah diperlahankan..
sedikit demi sedikit kaki menjejak bumi menginjak waktu..
akhirnya..........
aku berjaya sampai ke destinasi itu setelah batin terseksa penuh luka..
Allahuakbar!!
cahaya itu yang ku butuhkan selama ini..
ya!!
inilah dia!!
tidak silap lagi!!
ya tepat sekali!!
inilah cahaya itu!!
wahai nafsu!!
kata2 mu hatta seinci tidak akan ku percaya lagi..!!
sesungguhnya petunjukmu adalah sebenar2 ptunjuk yg sesat!!
ya Allah..
sungguh tidak ku sangka d ats kurniaan terhebatMu ini..
walau najis dosa mengotori tubuhku..
Engkau tetap menerimaku..
Engkau sedia mendakapku..
Engkau sudi memberi tarbiyyahMu..
Engkau masih mnghulurkan bantuanMu..
syukron ya Allah..
ya Allah..
tuntunlah langkahku..
jangan lagi KAU biar ku sesat dalam kegelapan
kerana
aku cukup sakit berada di dalam kekusaman itu..
bantu aku ya Allah..
ya Allah..
sungguh aku mencintaiMu..
sinar mentari hilang cerlangnya tanpa rahmat dariMu..
kerdipnya bintang berkelip pudar keindahannya tanpa berkatMu yg teragung..
ya Allah..
diriku milikMu..
ku serahkan jiwa dan ragaku kepadaMu..
pimpinlah diriku nan hina lagi keji ini wahai Tuhanku..
sirnakanlah memori silam yg seringkali mematahkan semangatku..
perindahkanlah akhlakku bak kirananya peribadi KekasihMu..
heningnya pagi ini..
gerimisnya hujan membasahi bumi nan landai
menghidupkan lagi suasana..
nafas segar dihirup penuh kesyukuran..
beningnya ainun melihat ciptaan Sang Maleek membuatkan terhenti perjalanan kelipannya..
lisan asyik menutur zikrullah..
kagum dengan kuasa Ilahi..
masyaAllah..
tersangat indah..~
ya Allah..
TERIMA KASIH..
terima kasih di atas suluhan cahaya ini..
moga sinarnya akan terus menerangi hidupku..
wahai sang cahaya..
setialah menemaniku..
jgn biar ku tersesat dalam kelam..
telus ku katakan..
penantian dan pengorbanan ini adalah sesuatu yg tidak sia-sia..
kerana.......................................................................
aku telah menemui cahaya itu..
walau kepedihan luka yg merobek masih segar
ianya terubat dek penemuan serba luar biasa ini..
penemuanku terhadap cahaya itu..
..........................................................
CAHAYA RABBANI...
itulah cahayanya..
Itulah cahaya yg bakal menerangi nuraniku..
Alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment