Saturday, 15 October 2011

Karya: Adakah Benar Dia Untukku? Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Sumber Gambar: Selamat Tinggal

Ketika aku berjalan-jalan di salah satu Shopping Complex yang terkenal di seluruh Negara Malaysia bersama rakan-rakanku, aku terserempak dengan seorang lelaki. Pada pandangan pertama, aku tundukkan pandanganku. Pada pandangan kedua, aku hanya tersenyum pahit. Pada pandangan ketiga, aku juga hanya mampu tersenyum. Dalam hatiku, banyak kali sudah aku terserempak dengan orang yang sama. Macam nak lari sahaja dari sini.

Aku melangkah masuk ke kedai buku. Ketika aku dalam kekhusyukan mencari buku yang ingin dibaca, aku terdengar seorang lelaki memberi salam.

Adam: Assalamualaikum.
Hawa: Waalaikumussalam.

Aku tertegun seketika apabila melihat wajah lelaki yang berada di hadapan mataku. Ini sudah kali keempat! Allah~

Adam: Boleh saya cakap dengan awak sekejap?
Hawa: Ha? Kenapa ya?
Adam: Maaf. Saya Adam.

Aku masih terpinga-pinga. Rakan-rakanku menuju ke arahku.

Adam: Kawan-kawan awak, ek?
Hawa: (Mengangguk)
Adam: Boleh saya nak cakap dengan awak?
Hawa: Nak cakap apa ya?
Adam: (Menarik nafas panjang) Sebelum saya cakap lebih lanjut, boleh saya tahu nama awak?
Hawa: Hawa.
Adam: (Senyum) Saya nak cakap sesuatu dan mungkin ianya tidak logik bagi awak atau apa sahaja yang awak akan fikir. Biarlah kawan-kawan awak dan Allah menjadi saksi atas percakapan saya ni.

Degupan jantungku semakin laju. Tanganku semakin kaku dan sejuk. Kebas. Siapalah orang asing ini yang berani untuk menyapaku sebegini?

Adam: Boleh saya cakap dengan kawan-kawan awak sekejap?
Hawa: (Mengangguk)

Mereka pergi ke satu tempat yang tidak jauh dariku. Aku masih berdiri di situ dan mebelek-nelek buku yang kupegang. Mata ke buku, fikiran di awang-awangan. Aku melihat mereka berjalan ke arahku kembali.

Adam: Hawa, sebenarnya saya dah lamu menunggu ketibaan awak di sini.
Hawa: Ha?
Adam: Maaf, buat awak keliru. Izinkan saya ceritakan dari awal.
Hawa: Em...
Adam: Setiap hari saya berdoa kepada Allah untuk temukan jodoh yang terbaik untuk saya. Setiap malam, saya bermimpi saya berjumpa dengan bakal isteri saya di sini. Sudah 3 kali, saya mimpi perkara yang sama. Setiap hari, saya akan menunggu insan yang berada dalam mimpi saya di sini. Namun, tak pernah saya jumpa. Kali pertama saya terserempak dengan awak, hati saya berkata sepertinya saya pernah lihat awak sebelum ni. Tetapi saya masih gagal mengecam. Begitu juga kali kedua dan ketiga. Jika awak perasan, kita sudah tiga kali terserempak, bukan?
Hawa: Ya.
Adam: Tapi, bila awak berdiri di sini, di barisan rak ini, dengan pakaian yang sama seperti di dalam mimpi saya, saya yakin awaklah orangnya. Mungkin ini petunjuk daripada Allah. Saya bersyukur sangat bila dapat jumpa dengan awak. Awak rasa, kita pernah terserempak kat mana-mana tak?
Hawa: Wallahu'alam.
Adam: Kalau awak sudi, sudi tak awak menjadi isteri saya satu hari nanti?
Hawa: Ha?

Aku kebingungan. Air mataku juga mahu mengalir. Dugaan atau kebetulan ini, ya Allah.

Hawa: Maaf, saya tak tahu. Saya tak tahu sama ada apa yang awak beritahu kepada saya ini benar atau tidak. Apa yang saya boleh katakan awak kena berurusan segalanya dengan ayah dan ibu saya. Apa yang baik bagi mereka, baik juga bagi saya.
Adam: Alhamdulillah. Bila saya boleh jumpa keluarga awak?
Hawa: Ha? Keluarga saya jauh.
Adam: Di mana?
Hawa: Sabah.
Adam: Oh, kalau begitu boleh berikan nombor telefon keluarga awak kepada saya sekarang?
Hawa: Ha?
Adam: Yalah, awak suruh saya uruskan dengan keluarga awak. Dalam mimpi saya tak ada nombor telefon keluarga awak. (Senyum)

Aku yang menggigil seluruh tubuh badan, cuba mengeluarkan suara. Aku sebut satu persatu nombor telefon rumahku.

Adam: Saya telefon sekarang boleh?
Hawa: Ha? Kenapa sekarang?
Adam: Supaya awak boleh dengar jawapan keluarga awak sekali.
Hawa: Em...

Dia menghulurkan telefon bimbit Blackberrynya kepadaku. Pembesar suara ditekan.

Hawa: Assalamualaikum ibu.
Ibu: Waalaikumussalam, Hawa.
Hawa: Ibu, ayah ada?
Ibu: Ada. Kejap ya.
Hawa: Assalamualaikum Ayah, ada orang nak cakap dengan ayah.
Ayah: Waalaikumussalam, siapa?
Hawa: Jap ek.
Adam: Assalamualaikum, pak cik.
Ayah: Waalaikumussalam. Siapa ya ni?
Adam: Saya Adam, pak cik.
Ayah: Kenapa ya, Adam?

Adam pun menceritakan semuanya kembali. Aku masih ragu-ragu akan kesahihan mimpinya. Aku serahkan segalanya kepada Allah.

Adam: Saya nak jumpa keluarga pak cik.
Ayah: Semua jawapan, pak cik serahkan pada Hawa. Pak cik tak kisah.
Adam: Hawa kata, dia serahkan semua pada pak cik.
Ayah: Pak cik nak cakap dengan Hawa.
Adam: Baik, pak cik.
Ayah: Hawa, macam mana?
Hawa: Hawa tak tahu.
Ayah: Hawa, ini tentang masa depan Hawa.
Hawa: Ayah ibu jumpa dia dulu. Hawa baru jumpa dengan dia. Hawa tak tahu apa-apa. Kalau ayah dan ibu setuju, Hawa tunang dulu. Tunggu Hawa habis belajar baru Hawa fikir pasal ni.
Ayah: Yalah.
Adam: Macam mana, pak cik?
Ayah: Kamu nak datang Sabah ke?
Adam: Itu sahaja jalan yang saya ada sekarang, pak cik.
Ayah: Yalah. Nanti pak cik jemput kamu di lapangan terbang.
Adam: Saya datang dengan keluarga saya ya pak cik.
Ayah: Boleh.

Degupan jantungku semakin laju. Air mataku sudah deras mengalir, sudah tidak dapat tertahan. Kawan-kawanku juga turut mengalirkan air mata apabila melihat aku menangis.

Adam: Saya minta maaf kerana buat awak terkejut, risau atau tidak selesa dengan saya. Saya minta maaf sangat-sangat. Kalau boleh, saya nak minta nombor telefon awak.

Aku memberikan nombor telefonku.

Adam: Terima kasih. Saya harap awak izinkan saya untuk berjumpa dengan keluarga awak.
Hawa: (Mengangguk)
Adam: Saya tak kisah kalau awak nak tamatkan pengajian awak dahulu. Mungkin itu lebih baik. Saya minta maaf.
Hawa: Tak apa.
Adam: Saya pergi dahulu. Assalamualaikum. Saya harap kita akan berjumpa lagi. Terima kasih ya Allah kera menamatkan penantianku selama ini.
Hawa: Waalaikumussalam.

Aku melihat dia melangkah keluar dari kedai buku. Aku memegang erat tangan teman-temanku. Aku butuhkan kekuatan. Apa yang terjadi nanti, aku serahkan segalanya kepada ayah, ibu dan Allah.

Bersambung...

No comments: