Sunday, 9 October 2011

Tazkirah: 10 Hukuman Bagi Orang Yang Banyak Ketawa.

Bismillahirrahmanirrahim~



10 Hukuman Bagi Orang Yang Banyak Ketawa.

1. Mati hatinya.

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

2. Hilang Air mukanya (malu dan kemuliaan).

3. Digemari syaitan akannya.

4. Dimurkai Allah.

Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

5. Disoal padanya pada hari kiamat.

6. Dipalingkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat.

7. Dikutuk para malaikat.

Sebuah Hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." [Riwayat Abdullah bin Abbas r.a.]

8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi.

9. Lupa pada segala-galanya.

Pernah alami?
Mesti pernahkan. Kalau kita gelak terlalu kuat, kadang-kala kita lupa pada sesuatu yang kita nak lakukan.
Ataupun kita dah hafal sesuatu ilmu, tiba-tiba boleh lupa.
Jadi, kawallah ketawa nada.

10. Terbuka aibnya pada hari kiamat.

Kadang-kadang, kita alpa.
Kadang-kadang, kita kata "Alah, nak lepaskan tension tak apa lah."
Kadang-kadang, kita ingin rasakan keseronokan.

Pabila ditegur, kita melenting.
Pabila ditegur, kita tarik muka.
Pabila ditegur, kita kata "Macamlah dia ni baik sangat."

Hakikatnya, pernahkah kita tahu?
Salah siapa?
Salah kita yang ketawa melebihi had atau salah orang yang menegur tidak kira masa?

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Perbaiki Diri untuk Mencari yang Hakiki


Wassalam~

No comments: