Saturday, 8 October 2011

Tazkirah: Salahkah Kita Istighfar Banyak Kali?

Bismillahirrahmanirrahim.


Tergerak di hati saya untuk berkongsi satu peristiwa yang berlaku pada hari ini. Peristiwa ini yang kurasakan boleh mengajar dan menyedarkan kita. InsyaAllah.

Seorang Pensyarah yang beragama Islam sebuah universiti berkata dalam sesi kuliahnya,
"Siapa yang istighfar tadi? Kamu, ya? Kamu tak payahlah nak istighfar. Biasanya, orang yang paling banyak istighfar ni adalah orang yang banyak dosa."

Tertegun seketika apabila mendengar kata-katanya. Seperti tidak percaya ada juga seorang yang bergelar Islam boleh berkata begitu. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Salahkah kita beristighfar?
Berdosakah kita beristighfar?
Bukankah dengan istighfar, kita dapat menghapuskan sedikit dosa kita?
Kenapa perlu dipersoalkan apabila seseorang yang beragama Islam itu beristighfar?
Banyak persoalan yang berada di minda. Kepala menggeleng tidak bersetuju dengan ucapannya.

Melalui istighfar, kita boleh buktikan bahawa kita masih mengingati Allah. Bukan saya nak katakan bahawa orang yang menyebut "Astagfirullah" itu tidak ingat pada Allah. Tetapi, begitulah kebiasaannya. Senang cakap, 'Tepuk Dada Tanya Iman'.


“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”.
(Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Pada pendapat saya, tidak salah seorang itu beristighfar beberapa kali hendaknya kerana Allah tidak pernah mengehadkan kuantiti atau bilangan kita untuk beristighfar dalam satu hari atau dalam satu masa. TIDAK ADA HAD UNTUK ISTIGHFAR.
Dengan istighfar, kita dapat menghapuskan dosa-dosa kita. InsyaAllah.

Rasulullah juga sentiasa beristighfar. Lagikan kita insan yang tidak tahu hala tuju kita di Akhirat nanti, sama ada ke Syurga ataupun Neraka.

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)

Allah telah berfirman dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 56 yang bermaksud:
" Tidak Aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu."

Oleh itu, salahkah kita istighfar yang boleh mendekatkan dan mengingatkan kita kepada Allah?
Walaupun anda seorang pensyarah, doktor, professor, Perdana Menteri, tidak ada hak untuk anda menghalang seseorang itu mengingati Allah.

Bukankah lebih baik anda berkata, "Alhamdulillah, masih ada lagi manusia yang mengingati Allah."

Setinggi mana pangkat anda ingatlah bahawa pangkat itu hanya sekadar di dunia.
Setinggi mana ilmu anda, ingatlah bahawa Allah punya kuasa untuk menariknya dalam hanya sekelip mata.
Setiap nafas yang membuatkan kita terus hidup ini adalah kurniaNya, Kita tidak akan hidup jika Dia tidak izinkan kita untuk hidup.






Perbaiki Diri untuk Mencari yang Hakiki

p/s: Anda juga boleh baca kelebihan istighfar di sini.

Wassalam~

2 comments:

aiENn cHAm said...

terus rase nk beristighfar ;')

Team Halaqah said...

Alhamdulillah. mudah-mudahan kita sentiasa berada di jalan yang benar. InsyaAllah.