Mempelajarinya takut kepada Allah,
Menuntutnya adalah ibadah,
Membincangkannya adalah bertasbih,
Mencarinya adalah berjihad,
Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah,
Memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan diri kepada Allah.
Kerana ilmulah;
Petunjuk kepada yang halal dan haram,
Menara kepada penghuni Syurga,
Teman di saat kesunyian,
Rakan di saat keseorangan,
Teman berbicara di waktu khulwah,
Petunjuk kepada yang membawa bahagiai dan membawa kecelakaan,
Senjata menghadapi musuh,
Perhiasan di saat bersama teman-teman.
Dengan ilmu,
Allah telah mengangkat tinggi kedudukan banyak kaum,
Sehingga mengusap mereka dengan sayapNya.
Setiap benda lembap kering, ikan dan binatang di laut,
Binatang buad di darat dan binatang jinak,
Kesemuanya memohon agar mereka diampunkan.
Kerana ilmu;
Menghiduokan hati dari kejahilan,
Lampu bagi penglihatan di saat kelam.
Dengan ilmu;
Hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang pilihan dan darjat yang tinggi di dunia dan akhirat.
(Ibni Abdul Barri)
2 comments:
Assalamualaikum.. insya-Allah semoga Allah sentiasa mengizinkan kita mencari, meneroka dan berkongsi ilmu pengetahuan sebagai melengkapkan diri sebgai hamba di muka bumi Allah yg luas terbentang ini dan sebagai pelengkap diri menemui-Nya kelak.. Insya-Allah..
^_^
Waalaikumussalam. InsyaAllah. moga niat kita untuk menuntut ilmu betul iaitu kerana Allah.
Post a Comment