Sunday, 16 October 2011

Karya: Adakah Benar Dia Untukku? Part 2


Sumber Gambar: Selamat Tinggal



Part 1: Adakah Benar Dia Untukku?


Tanganku berpeluh. Sejuk. Aku mencari sebenar-benar kekuatan. Aku mencadangkan kepada rakan-rakanku untuk melaksanakan solat Asar dahulu dan akan kembali ke kedai buku itu semula. Rakan-rakanku hanya mengangguk setuju.

“ Ya Allah, sesungguhnya aku insanMu yang lemah. Sesungguhnya aku tidak mengetahui aturanMu untuk diriku. Ya Allah, jika dia pilihanMu untukku, aku terima akannya jika itu dapat membuatkan aku dapat redha dan kasihMu. Ya Rabbi, di hamparan sejadah ini, kumohon padaMu supaya berikan yang terbaik untukku. Ya Allah, hanya Engkau yang aku sembah, hanya Engkau tempat aku memohon pertolongan dan hanya padaMu aku bertawakal. Amin ya rabbal ‘alamin.”

Aku menarik nafas panjang. Terdiam seketika memikirkan adakah ia sebuah mimpi atau realiti. Air mataku yang mengalir, kuseka perlahan.

Ketika aku sedang mebaca sebuah buku, rakan-rakanku menyapaku.

Rakan: Hawa, kau ada minta nombor dia tak?
Hawa: Tak perlu.
Rakan: Macam mana kamu nak tahu mimpi dia tu benar atau tidak?
Hawa: Wallahu’alam. Hawa tak tahu nak cakap. Semua tu urusan dia dengan Allah.
Rakan: Kalau keluarga kamu setuju? Kamu nak buat macam mana?
Hawa: Tengoklah macam mana nanti. Hawa serahkan segalanya pada Allah. Dia Maha Mengetahui segalanya. Kalau dia hubungi Hawa sebelum dia dapat kebenaran oleh keluarga Hawa, mungkin Hawa akan tolak dia.
Rakan: Ha? Terpulanglah Hawa. Tadi dia jumpa kita orang sebab dia nak tanya kamu ni jenis macam mana; sikap, perangai kamu, tentang diri kamu.
Hawa: Oh…
Rakan: Saya rasa dia ikhlaslah dengan kamu, Hawa.
Hawa: Wallahu’alam.

Beberapa hari kemudian… Ketika aku membelek buku yang aku beli, telefonku berdering.

Hawa: Assalamualaikum, ibu.
Ibu: Waalaikumussalam, Hawa. Hawa sihat?
Hawa: Alhamdulillah, Hawa sihat. Ibu?
Ibu: Alhamdulillah, semua sihat. Hawa, ibu nak cakap sesuatu dengan kamu ni. Pasal Adam.
Hawa: Kenapa dengan dia, ibu? Dia dah datang rumah ke?
Ibu: Dah, semalam. Ibu minta maaf sebab tak beritahu kamu. Ayah tak bagi untuk beritahu kamu dahulu.
Hawa: Tak apa, ibu. Dia datang dengan keluarga dia ke ibu?
Ibu: A’ah. Keluarga dia, baik.
Hawa: Oh. Jadi, macam mana ibu?
Ibu: Ayah nak cakap dengan kamu.
Hawa: Em…
Ayah: Hawa, ayah tengok Adam tu okay. Agama, rupa dan harta, semua dah ada. Keluarga pun, Alhamdulillah okay dengan ayah dan ibu.
Hawa: Ayah terima?
Ayah: Sekarang ayah serahkan semuanya pada kamu untuk menerimanya atau tidak.
Hawa: Hawa perlukan masa untuk fikir ayah. Ibu macam mana?
Ayah: Kalau ikutkan ibu, ibu setuju. Kami serahkan pada Hawa untuk buat keputusan.
Hawa: InsyaAllah, ayah.

Sudah beberapa hari, aku masih tidak tahu jawapannya. Doa sentiasa kupanjatkan. Solat-solat sunat aku tunaikan. Sudah masanya untuk aku berjumpa dengan keluarga pula. Adam, tiada langsung menghubungiku walaupun satu pesanan ringkas. Ibu dan ayah pula, tiada cerita tentang Adam sejak dua menjak ni. Aku sendiri tidak tahu sebabnya.

Aku dengan gagah melangkah keluar dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu, wajah ayahku sudah berada di hadapan pintu ketibaan. Sepanjang perjalanan, ayah hanya bertanya tentang keadaanku di sana. Aku memberi salam untuk seisi rumahku.

Hawa: Assalamualaikum.
Ibu: Waalaikumussalam, Hawa.

Akhirnya dapat juga aku melepaskan rinduku kepada kedua ibu bapaku. Langkahku terhenti apabila melihat ada tetamu di rumahku. Aku memandang wajah mereka, tidak pernah aku kenali. Satu persatu kuhulurkan tangan untuk bersalam. Terpandang aku ke satu sudut, tertegun aku seketika.

Adam: Assalamualaikum, Hawa.
Hawa: Waalaikumussalam.
Adam: Semua ni, ahli keluarga saya. Jangan salahkan keluargamu, saya yang suruh mereka rahsiakan perkara ini dari pengetahuanmu.
Ibu Adam: Inilah rupanya Hawa. Adam selalu mencari kamu sebelum ni. Bila dah jumpa kamu, dia terus ajak keluarga mak cik untuk jumpa keluarga kamu. Kami cadang untuk pulang lebih awal, tetapi Adam ingin menunggu kepulanganmu. Dia kata, biarlah dia datang ke sini dengan izinmu, dan kembali ke sana dengan izinmu.

Air mataku bergenang. Ibu memegang tanganku erat.

Hawa: Terima kasih mak cik, pak cik dan semua keluarga Adam, sebab sanggup datang dari jauh untuk jumpa keluarga saya. Pada mulanya, Hawa fikir memang tidak logik Adam mimpi sebegitu. Tetapi kuasa Allah itu besar, bukan? Hawa serahkan semuanya pada keluarga Hawa.
Ibu: Hawa, pergi dapur tolong ambilkan dulang kuih tu bawa sini.
Hawa: Baik, bu.

Aku mengambil dulang yang berisi kuih. Tiba-tiba, ibu dan ibu Adam berada di belakangku. Aku mengukir senyuman. Satu persatu ahli keluarganya dan keluargaku menuju ke dapur. Jantungku berdegup kencang. Ibu Adam memegang tanganku.

Ibu Adam: Hawa, mak cik rasa kamulah yang terbaik untuk Adam. Ibu pernah kata pada Adam untuk hubungi kamu supaya kamu lebih selesa dengan dia dan kami. Tapi, dia kata, dia tidak akan hubungi kamu selagi kamu berikan jawapan yang sebenar untuknya. Selama dia di sini, bagi dia, apabila dia berbual dengan keluarga kamu, dia rasa seperti sedang berbual denganmu. Dia kata, jika kamu terima dia, baru dia akan hubungi kamu, itupun untuk tahu khabar berita. Jika kamu menolak, dia serahkan segalanya pada Allah yang Esa. Dia sanggup menunggu kamu, sehingga tiba saat yang kamu rancang.
Ibu: Ibu dan ayah setuju untuk terima Adam. Sekarang ibu serahkan pada Hawa.
Hawa: Bismillahirrahmanirrahim. Hawa harap jawapan yang akan Hawa berikan mendapat redha dari Allah. Hawa terima Adam seadanya sepertimana Adam menerima Hawa seadanya.
Keluarga: Alhamdulillah.

Menitis air mataku. Tali pertunangan diikat dengan nama Allah. Tiada cincin yang tersarung di jari manisku, tetapi rantai dan jam tangan yang diberikan kepadaku. Aku tersenyum.

Hawa: Mana mak cik tahu?
Ibu Adam: Keluarga kamu beritahu kamu tidak suka barang kemas. Jam ni, Adam yang pilih. Dia ada satu, kamu ada satu.
Hawa: Terima kasih mak cik.

Keesokan harinya, keluargaku menghantar keluarga Adam ke lapangan terbang. Aku suka berbual dengan adik-adiknya. Ibu, ayah sedang berbual dengan mak cik dan pak cik. Adam pula berdiri di samping mereka dan kadang-kala berbual dengan abangnya.

Sudah masanya untuk mereka pulang. Semua pergi dengan senyuman dan orang terakhir yang melangkah adalah Adam.

Adam: Hawa…
Hawa: Ya?
Adam: Adam akan tunggu Hawa di sana. Adam akan tunggu waktu yang Allah telah tetapkan untuk kita disatukan. Terima kasih sebab terima Adam.
Hawa: InsyaAllah. Jaga diri. Hawa harap hubungan ini mendapat redha Ilahi.
Adam: InsyaAllah. Hawa, izinkan Adam untuk pulang.
Hawa: Saya izinkan. (Senyum)
Adam: Assalamualaikum.
Hawa: Waalaikumussalam.

Alhamdulillah, akhirnya aku dan Adam disatukan setelah 4 tahun berlalu. Allah telah menguji kami dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Kami hadapi dengan tabah dan kembali padaNya. Adam memegang janjinya untuk menungguku sehingga aku tamat pengajian. Adam menghubungi keluargaku untuk mengetahui khabarku. Aku senang dengan cara itu. Akhirnya…

Adam: Hawa, sesungguhnya Allah telah berikan isteri yang terbaik untukku.
Hawa: Sesungguhnya Allah juga telah berikan suami yang terbaik untukku.
Adam: Hawa, saya tidak pernah luahkan apa yang saya rasa pada kamu. Saya berjanji pada diri saya untuk meluahkan kepada orang yang benar, orang yang telah Allah pilih untukku setelah dia menjadi kekasih halal buatku.
Hawa: Apa dia Adam?
Adam: Aku cinta kamu kerana Allah.

Menitis air mataku jatuh ke lantai pipi. Sesungguhnya aturan Allah itu indah. Memang benar, bercinta selepas nikah itu lebih inda. Terima kasih ya Allah.

Tamat.

2 comments:

KN28 said...

ya Allah! sangat maniissssss. :)
best best sangat best!

Team Halaqah said...

Alhamdulillah, terima kasih. ;)